Setahun Sudah Berlalu..

alhamdulillah.. sudah genap setahun usia perkahwinan aku (ngan my beloved asben lah..). alhamdulillah segala masalah, ketidaksefahaman yang berlaku selama setahun ni dapat diatasi.  memang awal2 kahwin macam2 masalah timbul. maklumlah 2 orang yang berbeza dari semua segi.. semua serba tak kene. masing2 nak tegakkan pendapat sendiri.. tapi macam biase.. hidup itu suatu perjalanan..suatu cabang ilmu jugak.. bila dah kahwin, banyak benda kena belajar. belajar tolak ansur, belajar lebih lebih lebih bersabar, belajar jadi orang yang understanding, blaja menerima kekurangan org lain dan macam2 lagi lah.. tak bole ikut kepala sendiri jer, kene memahami tindakan, perasaan pasangan. biasala mase belum kawin semua ok.. kite kate ini die kate ok, die kate itu kita kate ok.. semuanya ok lahh.. bile dah kawin, lain la pulakkk… =D.

baru setahun berlalu.. cepat sungguh rasenye. tapi masih jauhh perjalanan yang perlu dihadapi selepas ini. masih ada 1001 masalah yang akan ditempuh. camna tu? =D
walau apapun yang mendatang.. aku berdoa supaya aku dan my asben dapat menghadapi dugaan dengan sabar dan bersyukur kerana adanya dugaan akan mematangkan kita, menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan meningkatkan sifat sabar dalam diri. sesungguhnya bukan semua nikmat itu memberi kebaikan dan kebahagiaan kepada kita dan bukanlah pula semua musibah,dugaan yang Allah beri itu akan mendatangkan keburukan pada kita.. smoga kita menjadi hamba yang tahu bersyukur dan beriman dengan sesungguh2nya. insyaAllah..=D

selamat pengantin baru kepada nozie & art, ayuipin & ochee dan sedare aku azura & khairi

Leave a Reply