Petua Sayang…
1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Jadilah seorang pendengar yang baik kepada isteri, jangan tergesa_gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
7. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali sekala.
8. Beri pujian mengenai penampilan isteri ( rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
11. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.