Archive for May, 2007

Mabuk darah? =D

Thursday, May 24th, 2007

Skarang (waktu tulis) dah kol 3.05 petang.  Mata pun dah kuyu jer.. ngantuk lar. Baru balik dari factory visit untuk built-in cabinet untuk site K2 kat Sg Buloh.  Dah sampai situ rase cam nak balik umah jer.. alang2 kan.. =D.  Subcon bawak makan kat restoran Chiangmai Thai ape ntah name penuh die.  Makanan ok2 jer.. tempat je cam menarik.  Tak sangka gak kat area yang cam banyak umah2 kampung tu ade restoran camtuh.  Name jer dok Sg. Buloh tapi tak tau kedai2 makan kat situ…

Skarang dah berjinak2 balik buat keje kat site tapi tak taular tahap ‘kekuatan’ badan tu camne.  Cam semalam gi site valuation kat K1 ngan sewerage leakage test kat K3, balik umah mmg cam penat melampau.  Lemah je badan. Rasenye xdelar wat keje berat cume lambat lunch sebab testing abis kol 2 lebih, sampai opis kol 3pm.  3.30pm baru makan lunch. 

Banyak gak keje K1 yg aku dah kene ambil alih sebab sorang dari team K1,2,3 ni nak berenti dah.  Ikut bini yg kene transfer gi perlis… tinggal aku ngan senior manager aku jer. Team K1,2,3 mmg slalu bertukar2 org. Aku tak tau bile nak blah plak. 

Last saturday gi check up.  Doktor komplen berat aku naik banyak.. 4kg sebulan hehehe… die suruh kontrol, paling banyak 500g seminggu kire 2kg sebulan lah.. maybe banyak sgt aku amek mknn manis sebelum nih.. scan doktor cakap baby girl tapi aktif/lasak bergerak cam boy. Tak kesah lar… janji sehattt.. Tiap kali scan mesti rase nak menitis air mata.. cam terharu lar.. sebab rase terlalu indahnye kejadian manusia yang dicipta Allah.  Terlalu perfect, tak dapat digambarkan ngan perkataan. Tak taula perasaan org lain macam mane.

Kene amek darah gak untuk check jenis darah, rhesus, hepatitis B ngan ntah ape2 lagi doktor cakap. Xingat lak. Next month lak kene injection utk kancing gigi.  Punye la cuak nak amek darah. My asben gi cakap ngan doktor tuh aku asek cakap takut..takut.. =D. Bukannye ape..ade sejarah pasal check2 darah ni. 

Ade fobia sket pasal dulu2 mase form 5 kelas biologi kan ade wat test darah sendiri. Kelas tu serentak ngan wat bedah2 kat katak ngan lipas.  Nak check darah sendiri kene cucuk sendiri jari kan.. aku wat yg check darah tu lar.. dah cucuk jari tapi darah tak kuar2.. cucuk lagi tapi still xde darah. Dahtu picit2 jari nak kasi kuar darah terus rase kebas seluruh badan lepas tu perkataan terakhir aku.. ”dah start dah…” pastu, tak ingat ape2 dah =D. Ape jadi? Sedar2 jer tengah terbaring kat lantai lab. Pitam kat lab. Dalam lab semua org bz wat keje masing2, xde org perasan pun aku pitam kecuali org2 berhampiran aku lar.. membe2 temankan aku balik asrama rehat. Mmg still cam mamai, pening2 la. Aku tido dari tgh hari sampai dah lights off (tgh malam).  Roommate aku pun xkejutkan. Cikgu bio (cikgu syed) kate aku mabuk darah. Tak tau lar… tu lar yang cuak nyer.. takut pitam lagi =D.

Cinta Untuk Dinikmati Bukan Ditangisi

Wednesday, May 23rd, 2007

Titipan ini khas untuk kengkawan yang sedang asyik masyuk bercinta, kecewa ditinggalkan cinta dan sedang mencari atau menunggu cinta..

Cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.  Jadi, apabila cinta hanya akan menyebabkan anda membuang air mata maka tinggalkanlah cinta itu, sebab air mata yang tumpah pada detik ini logiknya akan berterusan jika anda berkahwin dengan insan berkenaan.  Cinta yang suci murni serta tulus-mulus tidak memerlukan air mata tapi tertawa ria.  Perhubungan yang harmoni penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yang tenang, lurus dan menuju matlamat; sebaliknya jika sengketa dan air mata mewarnai hari ia ibarat perjalanan yang tersekat-sekat oleh landasan yang bengkang-bengkok, tidak rata dan tidak menuju matlamat. 

Bergembiralah menyambut kehadiran cinta tapi sebaik saja ia menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan anda terhadap TUHAN dan tanggung-jawab kian menghilang, tinggalkanlah cinta itu dan binalah cinta baru.

Sebenarnya anda tidak perlu tergesa-gesa membina cinta.  Tiba masanya ia akan datang sendiri.  Sesuatu yang datang tanpa perlu ditagih biasanya lebih bertahan lama, ikhlas lagi jujur.

Jika cinta sudah datang, sambutlah seadanya kerana fitrah manusia memang mahu dicintai, mencintai, disayangi dan  menyayangi.  Tiada salahnya, hanya tak usah terlalu lentuk hingga banyak perkara menjadi sempit dan terbarai.

Cinta bagaikan Laila dan Majnun sudah tiada.  Kesetiaan cinta bagaikan Romeo dan Juliet hanya sesuai untuk zaman dahulu kala, tatkala tiada banyak sangat perkara perlu dihambat dalam hidup.

Zaman ini situasinya jauh berbeza, kita perlu membina kecemerlangan akademik untuk meletakkan diri kita sebaris dengan para cendekiawan; kita perlu membina sijil, ijazah, ijazah lanjutan dan Ph.D untuk bersaing dengan orang lain dari seluruh dunia.  Kita perlu memiliki semua kemudahan hidup yang dipanggil luxuries untuk mendapatkan penghormatan manusia dan keselesaan hidup.  Maka kita tidak boleh terlalu banyak membuang masa dengan cinta.  Cinta harus memotivasi kita untuk mengejar kejayaan bukan menjahanamkan kita dengan perlakuan-perlakuan sumbang.

Cinta harus menjadi booster kecemerlangan diri, betul ia tiket untuk rasa disayangi tetapi pada masa yang sama jangan sampai diheret perasaan untuk membenci diri sendiri.  Cinta yang terlalu dipentingkan akan menyebabkan manusia berjalan bengkok, pandangannya jadi keliru dan timbangtaranya selalu silap..

Cintailah seadanya…

…..sebahagian isi dari ‘Membina Rasa Cinta’ tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Hidup ini secawan kopi…

Monday, May 21st, 2007

God’s Coffee

A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.    Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them
to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said: ‘If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the plain and cheap ones.  While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.

Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups… And then you began eyeing each other’s cups.

Now consider this: Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of Life we live.

Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee Allah has provided us.’
Almighty brews the coffee, not the cups………. Enjoy your coffee!

‘The happiest people don’t have the best of everything. They just make the best of everything.’

Live simply.
Love generously.
Care deeply.
Speak kindly.
Leave the rest to Allah SWT.

Petua Sayang…

Monday, May 21st, 2007

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Jadilah seorang pendengar yang baik kepada isteri, jangan tergesa_gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
7. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali sekala.
8. Beri pujian mengenai penampilan isteri ( rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
11. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

pengalaman pertama =D

Thursday, May 17th, 2007

fuhhhhh mengantuknyer… xtaula apsal ngantuk. setiap hari camni. semalam ingat pasal makan ubat tp hari ni sengaja tak ambil ubat pagi takut ngantuk tp still ngantuk. musti sebab mende lain bukan ubat. apelar nak buat ni…..baru 9.25am (waktu ditulis)…
semalam lunch tak kuar so dapatlar mengadap internet jap. tu pun big boss (MD) kuar masuk bilik die. (agaknye nak cari alasan cam aku xwat keje kott.. =D). rupe2nyer ade gak kengkawan yg cam terase ke,terkilan ker pasal aku xjemput mase kenduri kawen dulu. aku pun xingat atau mmg tak terperasan pun ade komen camtu (skarang dah kurang ingatan =D).so aku betul2 lah nak mintak maap pada sesiapa yg terlepas undangan tu. dah dekat setahun baru nak minta maap =D. utk kengkawan yg komen aku dah lame hilang atau menghilangkan diri, pun sori gak.. betul2 xde mase nak update kat blog or groups. lagipun peluang hanya ade mase kat opis time lunch hour. kalau time lain kompem jadi alasan untuk dipecat punyer lar =D..nanti lar bile dah pasang internet kat umah leh lar update slalu.
oleh kerana ade kengkawan yg tanye kabar aku skarang ni..aku jawab ler kat sini sket2..
aku skarang sehat2 jer.. makin menambah berat jer.. my asben pun same..org kampung die kalau jumpe mmg komen die dah tegap sket. (mase kawen cam kurus benor..)so skarang die bz nak berdiet n riadah petang2 lps keje. aku xbole diet la.. skarang dalam proses menambah ahli keluarga. skarang dah 5 bulan n insyaAllah kalau panjang umur, ade rezki, baby lahir bulan September nanti. mase tgh2 bulan puaser. jenuh nak mengganti tuh =D. jantina baby lom tau, xnampak mase scan. sabtu ni jumpe dr. lg insyaAllah tau kot. tapi aku n asben xkesah janji baby sehat.
pengalaman pregnant kali pertama ni mmg mengharukan perasaan aku =D. biaser la kali pertama cam rasa down jugak bile time morning sickness tu. aku nyer morning sickness berlarutan sampai masuk bulan ke5. paling teruk (walaupun ade org lain lg teruk) mase bulan ke2 n ke3. semua yg dimakan ngan minum mmg kuar balik xkire pagi, tgh hari, ptg, mlm, tgh malam pun ade. xmakan,xminum pun still kuar jugak isi perut walaupun dah xde ape.. bulan ke3 aku terpaksa masuk wad 2hari. masuk air 5 botol disebabkan keadaan aku yg xbole terime ape2 makanan or minuman n berat pun dah turun 5kg (mase diet xde lak nak turun berat tu). mmg slalu mc n amek emergency leave je. stress keje pun time tu jugak la nak naik. big boss aku (GM) asek ler nak marah2.. aku pun sampai nak bergaduh gak. siap ugut nak pecat aku lagi tu =D.  time tuh la banyak kene drive outstation ke kuantan la nilai la. fuhh mmg terase gak aku. masuk sepital dapat la pelepasan dari fieldworks. so aku bercuti dr wat monitoring kat site.
aku jadi down sangat pasal xpernah kene sakit yg teruk2. mc pun xpernah so bile kene camni mmg la tak tau nak cakap ape. tapi biase lar. xsemua org dapat pengalaman srupa. ramai jer bebudak opis aku pregnant tp semua ok, xmacam aku. alhamdulillah jugak walaupun aku kene gitu, masalah lain xde pulak cam membe yg kene bleeding, tekanan darah rendah, rahim xkuat..semua ok,syukur syukur.. my asben pun sentiasa bg semangat n bersabar je ngan kerenah aku yg xtentu. tenkiu to u syg.. skarang alhamdulillah dah beransur baik cuma still kene berjaga2 esp tak boleh terlalu penat cam naik tangga/ jalan laju2 ker.. kene bergerak cam siput =D. makan pun xbole banyak2. makan berat bole skali jer sehari. lain2 time kene makan bende yg ringan2 (bukan junk food la). mknn yg terlalu banyak bahan perase pun xbole. so kalau org kate org pregnant nih nak makan macam2 xbetul gak. cam aku bole kate hilang selera makan jugak la. makan pun sebab baby perlukan zat.
tu la die serba banyak (bukan serba sedikit) cerita tentang aku yg bole diceritakan =D. so kengkawan (yg pompuan) yg nak kawin tu jangan takut lak sebab xsemua org mengalami keadaan yg sama. ikut rezki masing2 lar.. mungkin masa pregnant Allah uji lebih sket tapi masa bersalin Allah permudahkan semuanya, insyaAllah.. Allah Maha Mengetahui =D. untuk kengkawan lelaki yg nak jadi suami tak lama lagi pun perlu set mental & fizikal baik2 n lebih2 la menjadi org yg sabar.. good luck!!

selamat pengantin baruuu =D

Tuesday, May 15th, 2007

Lama..sungguh lama xtulis ape2 kat sini. Sungguh2 xde mase nak bukak emel pun. Ni pun tak tau bile lagi bole update sini.

Kali ni tulisan ni ditujukan kepada kawan2 yang kire baru gak la menjadi pengantin baru atau akan menikah dalam masa terdekat atau dalam tahun nih jugak.. Kepada kawan2 yang baru kawin dan aku n asben tak sempat hadir atau xdpt menghadirkan diri, minta maap bebanyak especially untuk sri & faizal, husna & suami (xingat nama suami) minta maap bebanyak n trima kasih sebab bagi kad jemput kitorang. kepada malind sori jugak sebab baru bukak frenster baru2 nih, terlepas majlis ko eh.. sori.

smalam dapat kad nozie. tgk kad tu dah tau buat kat tpt yg sama ngan aku kad tuh.=D. kad ayu last week baru amek kat umah parents aku.  ayu ngan nozie kawin hari same. salah sorang mmg xdpt gi. majlis umah pompuan 2-2 xdpt gi. company asben wat trip ke pangkor 26hb tuh (company aku pun same tapi join company my asben). aku ikut my asben lar.. majlis lelaki jer dapat gi tapi rasenye xdpt gi umah ochee (soriii ochee ngan ayu..). majlis art insyaAllah kalau kesihatan mengizinkan. maklumlah dah lama bercuti dari jalan jauh ni.. baru nak cuba2 smula. baru2 ni jer badan mula nak sihat. kalau x, mmg xleh nak tolong =D.

wat kengkawan yg nak kawin ni (nozie, art, ayu, ochee.. ade dgr org lain pun tp lom sure)..tahniah.. selamat menempuh alam baru yang memang totally baru..  kalau ade pape masalah, besar atau kecil, banyak2kan bersabar eh, biasa la tuh.. jangan ikut rasa nanti badan binasa hati merana =D.

wat ochee ngan art, jage baik2 ayu ngan nozie tuh.. diorang ni amanah untuk korang..bukan senang nak jadik suami tau.. masa bercinta xsama cam dah kawin ni.. perbanyakkanlah ilmu untuk jadi suami yang soleh dan isteri yang solehah supaya rumahtangga tu sentiasa dalam keredhaan Allah =D. aku dan asben doakan kebahagiaan korang sehingga ke akhir hayat..